Saturday, April 19, 2014

BAHASA MELAYU PURBA

Tulisan Rencong dan Misterinya


    • Aksara Rencong telah digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Purba (zaman sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu).

    • Aksara Rencong ialah huruf-huruf Melayu asli yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba dalam sistem penulisan Bahasa Melayu Purba.
     
    • 'Rencong' adalah perkataan Melayu yang bererti 'serong' dan ia dikenali sedemikian kerana huruf-hurufnya yang serong. 
    • Aksara Rencong didapati telah ada lebih awal daripada aksara Jawa Kuno (tulisan Kawi).
    • Ia juga merupakan tulisan Melayu tertua yang digunakan dalam sistem persuratan bahasa Melayu sejak abad ke-6 masehi iaitu ketika zaman kerajaan Melayu Srivijaya di Sumatera. 
    • Walau bagaimanapun, tulisan Rencong dipercayai telah pun digunakan sebelum abad ke-3 masehi. 
    • Aksara ini diciptakan oleh orang-orang Melayu dengan meniru bentuk-bentuk cabang, ranting, potongan kayu dan bentuk aliran sungai. 
    • Tulisan Melayu Purba ini telah dijumpai pada tahun 1892 pada sebatang tiang batu iaitu Batu Bersurat Kota Kapur di Kota Kapur, Bangka Barat, Sumatera Selatan, Indonesia. 
    • Selain Rencong, aksara Kawi dan Palava (dimana kedua-duanya dari India) juga pernah digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Kuno. 
    • Namun begitu, aksara Rencong merupakan satu-satunya tulisan yang diciptakan oleh orang Melayu tanpa pengaruh dari luar Nusantara atau Alam Melayu. 
    • Dengan menggunakan huruf-huruf Rencong, Kawi dan Palava, orang-orang Melayu Purba dan Melayu Kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, kulit binatang, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan juga pada batu-BR (termasuk batu bersurat).



    • Setelah penyebaran Islam di Kepulauan Melayu, orang-orang Melayu Klasik mencoba untuk terus menggunakan aksara Rencong (serta Kawi dan Palava) untuk menulis tentang Islam. 
    • Mereka mendapati ketiga-tiganya tidak sesuai kerana tidak mampu untuk merakam bunyi perkataan-perkataan baru dari Al-Quran dan Hadis secara tepat. 
    • Daripada mencipta atau menambah huruf baru pada aksara Rencong, Kawi atau Palava, orang-orang Melayu Klasik telah mengambil keputusan untuk meninggalkan ketiga jenis tulisan tersebut. 
    • Sebaliknya, orang-orang Melayu Klasik mencoba bereksperimen dengan huruf-huruf Arab dalam mengeja bahasa Melayu. 
    • Hasilnya, lahirlah tulisan Jawi yang berasaskan huruf-huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan dan digunakan dalam sistem persuratan Bahasa Melayu Klasik. 
    • Walau bagaimanapun, aksara Rencong terus digunakan di Minangkabau dan Sumatera Selatan (Bengkulu dan hulu Palembang), terus bertahan hingga kurun ke-18 iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia.

    Home :
    http://rejang-lebong.blogspot.com/2009/04/history-of-rencong-script.html

    Info Tambahan :

    Thursday, April 17, 2014

    SEJARAH PAK KADOK

    Lagenda Ikan Tapah – Hikayat Pak Kadok

    Cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah seorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun

    Bermula Kisah

    Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan.

    Si Kaduk

    Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan Raja daripada Negeri SiakSumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayarannya lalu datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor (Menurut cerita mulut Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor Kiri, di sana Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan menetap beberapa lama di sana (Kampung Pulau Lambor Kiri). Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya.

    Ayam

    Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam lalu ular tersebut meletakkan telur tersebut di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil telur ayam tersebut dan dieramkan oleh ayam ternakannya. Telur tersebut akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si Kunani. Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk para pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Si Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam handalnya itu.

    Kisah Pertarungan dan Persabungan Ayam

    Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah: Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata . Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya.
    Dan di pihak Sultan pula: Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri Perak jika ayam Sultan kalah. Tanpa berfikir panjang Pak Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama ia tidak menyabung ayam.
    Lantas dengan penuh debarannya Pak Kadok menunggu hari penyabungan ayam bersama baginda Sultan, Pak Kadok sekali lagi telah melakukan perbuatan yang tidak masuk akal. Dengan sebab majlis penyabungan ayam tersebut dibuat di istana Sultan, Pak Kadok telah merasakan ia perlu menyiapkan diri dengan pakaian yang lebih baik ketika hari penyabungan berlangsung. Pak Kadok sedar yang dia tidak mampu untuk membeli pakaian baru kerana dia adalah orang yang miskin. Dia telah meminjam sedikit wang daripada isterinya untuk membeli kertas kajang yang besar. Lalu apabila pulang dari pasar, Pak Kadok telah memberikan kertas kajang yang baru dibeli olehnya itu kepada isterinya untuk dijahit sebagai baju melayu, seluar dan tengkolok. Isteri Pak Kadok begitu hairan dengan arahan suaminya itu namun ia tetap akur untuk menjahit. Tatkala, bermulanya hari penyabungan, Pak Kadok telah memakai baju kertas yang dijahit rapi oleh isterinya itu.

    Kekalahan

    Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Pak Kadok yang ditukarkan dengan Sultan telah menang. Pak Kadok pun bersorak sakan kerana ayamnya menang sehinggakan baju dan seluar kertasnya terkoyak rabak dan yang hanya tinggal Pak Kadok bertelanjang bulat. Sultan dan para penonton telah mengetawa dan mengejek Pak Kadok atas keadaannya ketika itu. Dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat barulah Pak Kadok sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan. Pak Kadok berasa amat malu dan terus pulang kerumahnya, lalu menceritakan perkara sebenar kepada isterinya. Isteri Pak Kadok pada mulanya berasa sangat marah dengan keadaan berbogelnya Pak Kadok itu, tetapi ia tetap meminta untuk Pak Kadok bersabar, bertenang dan meminta perlindungan dari Allah.
    Maka dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.
    Kaduk pun berundur ke sebuah pulau (Pulau adalah satu tempat di tepi tebing Sungai Perak dimana kebanyakan masyarakat Melayu pada ketika itu menanam padi huma) bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil Pak Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki Kaduk seakan memberitahu sesuatu, puas juga dihalau kucing tersebut tetapi ia tetap juga begitu.
    Kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi tebing sungai, apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar. Diberitakan oleh Hajah Halimah binti Abdullah (cucu kepada Ngah Jabor atau Imam Prang Jabar, pengasas Kampar) Pak Kaduk pada mulanya apabila ternampak ikan tapah itu tidaklah tahu bagaimana cara untuk menguruskannya (mungkin kerana terperanjat dan buntu) tetapi dengan tiba-tiba seekor Burung Kakaktua telah hinggap diatas dahan sebatang pokok yang meneduhi diri Pak Kaduk lalu berbunyi "Blah pruut..blah pruut". Perkataannya itu dianggap Pak Kaduk sebagai membelah perut ikan itu, lalu dengan segeranya Pak Kaduk pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit di celah atap lalu dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan keluarlah emas dengan banyaknya. Pak Kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Tuhan.

    Sumpahan


    Hajah Hasmah Binti Pandak Logam yang kini tinggal di Kampung Tua, Batu 16, Lambor Kanan
    Maka Pak Kaduk pun menjahit perut ikan Tapah tersebut dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan urat batang pisang lalu melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. Semasa inilah Pak Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi:
    “Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barangsiapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya…”
    Ikan Tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah mengucap selamat tinggal dan kemudiannya hilang ke dalam air.

    Tebus


    Pemegang Amanah Emas Kancing Ikan Tapah
    Pak Kaduk pun pergilah mengadap Sultan dan menebus kampung halamannya dan anak isterinya, dan bakinya sebahagian disimpan untuk menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar untuk dijadikan barangan perhiasan, kerana di zaman itu tukang emas hanya berada di Kampar Sumatera sahaja.
    Kepada anak cucu Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya dan telah terkena penyakit yang disebutkan kerana memakan, mengkhianat secara sengaja atau tidak sengaja, terkena air-air dari Ikan Tapah maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam Kerongsang Emas Tapah sebagai penawar bisa sumpahan tersebut. Adalah difahamkan bahawa ada keturunan Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan isteri jika yang dimasak itu adalah ikan Tapah. Setelah segalanya selesai, Pak Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Kaduk dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku perkara-perkara luar biasa.
    Diantaranya Sultan Perak melantik Pak Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya memberi nasihat dan tujuk ajar kepada Datok Bendahara Garang mengenai selok belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Aceh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis. Pak Kaduk juga telah mengikat perjanjian dengan Sultan Perak pada waktu itu untuk tidak membenarkan dirinya, keluarganya dan seluruh keturunannya untuk membuat perkara larangan istana perak ataupun pantang larang DiRaja Perak misalnya membela kucing hitam, mempunyai buaian buluh dan sebagainya sepertimana yang termaktub dalam Adab Pantang Larang DiRaja Perak.

    Pemegang Amanah Emas Kancing Ikan Tapah

    Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas Ikan Tapah yang masih ada, ianya berbentuk Empat Segi Iris Wajik digunakan sebagai Keronsang baju wanita. Jumlah yang ada sekarang ialah sebanyak tiga keping dan inilah yang digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Pak Kaduk jika terkena bisa Ikan Tapah.
    Sekarang Emas Kerongsang Ikan Tapah di jaga oleh salah seorang keturunan Pak Kaduk yang bernama Hajah Hasmah Binti Pandak Logam.

    PATUNG FIRAUN YANG DI JUMPAI DI DALAM LAUT

    Perkara yang tertulis di dalam Al-quran telah terbukti bandar purba itu telah dijumpai apabila sekumpulan ahli arkeologi yang di ketui oleh ahli arkeologi marin perancis Frank Goddio menjumpai beberapa peningalan barangan purba.Penemuan itu membawa mereka kepada salah satu penemuan terbesar dalam abad ke-21.Penemuan itu berlaku apabila Goddio berusaha mencari kapal perang napoleon dari 1798 Battle of nile,apabila dia telah di kalahkan oleh Nelson pada ketika itu,dan iannya telah membawa kepada penemuan ini.Pasukan goddio telah disertai oleh pusat oxford bagi maritim arkeologi dan jabatan antikuiti mesir telah menghsilkan pelbagai penemuan ini.
    Diantara penemuannya adalah seperti patung dewa hapi,patung granit merah ratu ptolemy,dulang emas,patung gangsa daripada dinasti ke 26 firaun,satu lampu perba dan berbagai penemuan lagi.penyelidik juga telah mendedahkan pelbagai artifak keagamaan di bandar tenggelam itu,termasuk ukiran batu 16 kaki dianggap telah menghiasi kuil pusat bandar dam sarcophagi batu kapur yang dipercayai mengandungi haiwan mumia.














    ROKOK DUNHILL PACK 7

    siapa yang masih ingat lagi pada tahun bila rokok ni djual???
    Pada tahun 1990 sehingga 1997 huhh harga rokok ni rm1.50 tapi sekarang tak dijual lagi

    Tuesday, January 24, 2012

    10 BENCANA TERBESAR DI DUNIA

    Peshtigo Wildfire (Oct. 8, 1871)
    Kebakaran liar yang terjadi di Peshtigo, Wis, menyebabkan hangusnya lebih dari 1 juta are tanah disana. Akhirnya pada October 1871, kebakaran liar ini dinobatkan sebagai kebakaran hebat sepanjang sejarah Amerika. Percikan api ditambah ayunan angin yang kencang sempat membuat "tornado of fire" di tempat kejadian, dan 1,200 orang dicatat telah menjadi korban.

    Storm of the Century (March 12-15, 1993)

    11 tornado, dengan kekuatan badai yang membawa bebatuan es, menghantam seluruh bagian Kanada, Amerika Serikat dan Cuba, akhirnya karena kekuatan badai yang begitu besar, badai ini hingga sekarang disebut "superstorm". Badai ini menyebabkan kerugian sebesar 6 milyar US$ dan menyebabkan jutaan korban selamat dan 300 korban meninggal.

    Great Chilean Quake (May 22, 1960)

    Meskipun gempa yang satu ini bukan gempa yang paling mematikan ataupun paling menghancurkan dalam sejarah, tapi dalam segi kekuatan, gempa ini memiliki kekuatan 9.5 magnitude dan juga menyebabkan Tsunami di Valdivia, Chili. Hasil dari gempa tersebut adalah 1,600 orang meninggal dan 2 juta orang korban selamat.

    Tuesday, November 23, 2010

    Patong firaun


    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFibNKaJfXayhlupb4tfbxGfuNyXkoCFfYR36aO9Kik_5KYZJ_K1XpxF4Lt9rwJoWpN8-uNGjiE5K9TIyamXOV9T4DFvN5KPygfaHgTY7YTPx0smRmOayrlb7ycpVQY411DPvbO__-SGY/s320/075908p.jpg

    Para arkeologi di Mesir menemukan kepala raksasa dari granit merah di lokasi yang dikenal kaya dengan peninggalan Mesir kuno di Luxor.
    Dewan Purbakala Mesir mencetuskan, Minggu (28/2/2010), bahwa kepala tersebut adalah dari salah satu firaun Mesir yang paling terkenal yang bertakhta kira-kira 3.400 tahun yang lalu.

    Kepala batu dari Amenhotep III itu dan digali dari reruntuhan kuil yang juga merupakan kuburan firaun di kota selatan Luxor.

    Kepala ekspedisi yang menemukan kepala tersebut mengatakan bahwa temuan ini adalah  wajah Amenhotep III yang paling utuh sepanjang sejarah.
    http://barbarossatravels.com/cms2/uploads/MSS/giza.jpg

    "Patung lainnya biasanya sudah ada kerosakan, entah ujung hidungnya atau wajahnya sudah terkikis," kata Dr Hourig Sourouzian, yang telah memimpin team ekspedisi Mesir-Eropah pada situ itu sejak 1999. "Tapi kali ini, dari ujung mahkotanya sampai dagu, semuanya terukir  dengan indahnya, tak ada yang rosak,"

    Kepala itu merupakan bahagian dari sebuah patung besar yang ditemukan beberapa tahun lalu. Sebelumnya juga telah ditemukan bagian-bagian tubuh lain dari patung itu, iaitu lempengan pada punggung dan juga janggut adat yang nantinya akan disambung ke bahagian kepala tadi.

    Amenhotep III adalah kakek dari firaun kecil yang terkenal, yaitu Tutankhamun, yang memerintah pada 1387-1348 SM pada masa kejayaan Kerajaan Baru Mesir dan menguasai kerajaan yang luas menghampar dari Nubia di selatan hingga Syria di utara.

    Sourouzian mengatakan bahwa sang firaun itu masyur karena memimpin Mesir pada masa keemasannya di zaman ketika perdamaian dan kemewahan tersebar di seluruh kerajaannya. Para pengrajin masa itu juga mempertajam keahlian artistik mereka sehingga terlihat dari bentuk simetris kepala yang ditemukan itu.


    "Andaikata dia (Amenhotep III) benar-benar mirip patung ini, bererti ia  yang sangat sangat tampan," ucapnya.

    Kuil pekuburan Amenhotep III sangat luas, tetapi sebagian besar telah rosak, mungkin karena banjir. Kini tembok-temboknya pun tak banyak tersisa.

    Ekspedisi pimpinan Sourouzian telah menggali berbagai artefak dan patung-patungan dari keruntuhan itu, termasuk juga dua patung Amenhotep yang dibuat dari granit hitam yang ditemukan.

    Matahari kembar

    Kira kira apa ya kejadian aneh di tahun 2010 ini? kalau kita telusuri sebenarnya banyak sekali kejadian aneh yang terjadi pada tahun 2010 ini. sebagai contoh adalah “hujan ikan mirip katak di jepang” bulan lalu, berita tersebut masih menjadi misteri dan masih hangat di bicarakan oleh masyarakat dunia. kejadian aneh lainya yaitu fenomena “Tsunami matahari ” yang katanya akan membuat musim kemarau tahun 2013 menjadi musim kemarau yang panjang. kalau soal Tsunami matahari saya rasa itu mungkin hanya para ilmuwan yang tau.

    Kejadian aneh dan unik 2010 lainya yaitu sebuah bongkahan es seluas 260 kilometer persegi telah mengapung di barat laut Greenland.  Bongkahan es ini adalah yang terbesar tercatat dalam sejarah memisahkan diri dari kutub. banyak orang menyebut kabar ini sebagai “kutub utara mencair”  . menurut kabar jika memang benar kutub utara mencair pasti kepulauan d indonesia akan ikut tenggelam. yang pasti bongkahan es tersebut sampai saat ini belum bisa di kendalikan....ada lagi tuh penemuan gua angker di Thailand.. eem orang menyebutnya “misteri goa son doong“. katanya goa tersbut adalah goa terbesar di dunia dan bisa mengeluarkan siulan.

    Kemudian ini ni yang paling aneh menurut saya, yaitu Fenomena “Matahari baru atau matahari kembar“.  Menurut tangkapan gambar bintang yang sedang tumbuh oleh Teleskop Herscel tersebut, bahwa bintang itu sendiri tumbuh di tata suria kita sendiri. Dengan fenomena itulah maka sering pula disebut bahwa bintang yang ditemukan tersebut dengan nama Matahari Baru karena diyakini setelah terbentuk nantinya akan memiliki ukuran yang lebih besar dari matahari yang sudah ada dalam tata suria bima sakti.
    Hanya Tuhan semesta alam yang tau apa sebenarnya pesan yang ingin di sampaikan-Nya. mungkin kerana manusia sudah banyak yang lupa kepada tuhannya, atau manusia lalai akan tugasnya dan sebagainya. kita berdoa aja semoga kejadian aneh 2010 ini akn mengingatkan kita