Thursday, November 18, 2010

Ular Berkaki pelik.

Pada 14 September yang lalu,Mrs Dean Qiongxiu yang berumur 66
tahun telah menemui seekor ular tergantung di dinding bilik tidurnya
pada lewat malam.Yang menjadi anehnya ialah ular tersebut
tergantung pada dinding dengan menggunakan cakar yang terdapat
pada kakinya.Mrs Dean telah mengatakan bahawa dia berasa sangat
takut sehingga dia telah mengambil seliparnya dan memukul ular itu
hingga mati.Lalu dia mengawetkan ular itu di dalam sebuah botol.
Ular sepanjang 16 inci itu mempunyai jari-jari kecil.Kini, ia sedang
dikaji oleh Life Sciences Deparment.Mutasi genetik yang umumnya
terjadi pada ular adalah tumbuhnya kepala kedua yang muncul dengan
proses yg sama seperti kembar siam yg terjadi pada manusia.Untuk
pengetahuan anda semua, kejadian ini berlaku di negara China.

No comments:

Post a Comment